Saturday, February 4, 2012

MENCARI TUHAN!

0 comments
Percaya pada Allah dan taat padaNya bukan tiket kita terlepas dari ujian..ini kerana ujian adalah salah satu tanda kasih sayang Allah pd hambaNya..menangisi doa yg tak dijawab serta merta bukanlah sesuatu yg menarik..sebab kalau kita faham hakikat Allah memakbulkan doa pasti kita rasa bimbang utk meminta2 ataupun memiliki apa yg diminta..ada 2 respon Allah bagi org yg berdoa..1. Allah memakbulkan kerana sgt tahu bhwa itu yg terbaik utknya. 2. Allah memberi kerana tak mahu lg dengar dia meminta..Allah benci dan memberi pun bukan dgn redhaNya.. manusia, taat atau tidak pd Allah tp dlm kesusahan tempat mereka meminta adalah sama..pd Allahlah juga!

Allah yg ciptakan kita. Dia adalah zat yg tak berupa,tak berjisim dan tidak sesekali sama dgn apa yg diciptaNya..sekalipun apa yg cuba kita bayangkan..untuk mengetahui di mana dia pun kita tak mampu tahu..kalau tahu Dia macammana dan di mana maka tak hebatlah Dia..tp kerana Dia maha hebat maka diri Dia adalah rahsia Dia shja..Dia tak terkesan dgn apapun..kalau kita taat Dia hebat, kalau kita derhaka dan mempermainkan Dia pun Dia tetap hebat dgn azabNya yg maha dahsyat!

Allah yg hebat ini tahu segala2nya tentang kita- apa sahaja! samaada yg kita zahirkan atau yg kita smbunyi dlm hati kecil kita..smpai pd tahap yg kita pun tak tahu apa yg terbaik utk kita..tp Dia arif tentang segalanya berkaitan kita dan semua yg diciptaNya..dan bila Dia tahu segalanya, maka banyaklah yg tak diperkenankan dr permintaan dan doa kita..sebab Dia tahu tahap dan persediaan kita menerimanya...semua ni Allah dh sebut dlm al-Quran..'kdg2 kamu tak suka sesuatu sdgkan itulah yg terbaik utk kamu..'..

kalau kita tanya 'kenapa Allah tak bagi kita dpt semua yg kita nak?'..jwpannya..mcm2 dr permintaan kita yg Allah dh bg tp kita tak sedar..sifat kita mmg mcm tu..sblum dpt mintak bukan main..bila dh dapat..buat2 lupa..Allah yg maha pemurah dan pengasih ni tak memberi yg kita nak, tapi menyediakan yg kita perlu..buktinya..ada tak mana2 parent yg kena request udara utk anak diaorg yg bakal lahir? Takde kan? sbb Allah dh sediakan sebelum kita minta!

dan kalau ditanya kenapa tak tunaikan saja semua permintaan hamba? jawabnya- semua tu tanda Dia maha berkuasa.. kalau Dia perlu bg apa saja yg kita minta maka jadilah Dia 'hamba' kita..bukan Tuhanlah Dia sebab prlu ikut kehendak dan keinginan makhluk yg Dia cipta..nak pulak apa yg kita suka selalunya bukan perkara yg sepatutnya..contoh; kita seorg yg suka dedah aurat atau tak kawal pergaulan seperti yg Allah suruh..bila ditegur kita marah, mengamuk, protes dll.. tapi dlm tak sedar, Allah larang sebab perkara tu menyebabkan kerosakan, bala dan musibah yg besar pd org lain.. krana kita tak jga diri maka kesannya kita menarik org jatuh cinta atau tergila2kan kita..sdgkan dia tu anak org atau suami org..akhirnya kerana degilnya kita utk ikut perintah Allah maka jdlah kita punca masalah dan pepecahan keluarga dan rumah tangga org..so mcmana lah keinginan kita tu sesuai utk drestu atau dibiarkan? adilkah Allah kalau hanya menuruti kemahuan kita sdgkan ada yg akan menderita dgn 'doa' kita tu? dan lg satu, Allah bukan hanya menjaga org lain tp sebenarnya diri kita tu..sbb kalo jd masalah kita pun akan tanggung akibatnya..kerana itulah Allah adil utk tak tunaikan sesuatu yg tak sesuai utk kita.. dan tak zalim Dia kerana bukan sepanjang masa kena tutup aurat..(contoh)..depan suami (org yg pling2 kita sayang) tak pakai apa2 sepanjang masa pun xpa..malah boleh dpt pahala lg!

dan kalau ada yg bertanya..'kenapa saya diuji dgn sesuatu yg bukan salah saya'? org lain punya masalah tp saya yg kena tanggung.. sbnrnya punca msalah hanya SEBAB shj.untuk bwk pd tujuan yg tak pernah berubah..Allah uji sbb nak kita 'balik' pd Dia..nak buang dosa2 kita yg belambak2 tu, nak naikkan darjat kita dr hamba2 yg lain..dan nak layakkan kita masuk Syurga...tapi kalau kita cari selain dr yg Dia nk bagi ni maka masalah yg datang akan jd 'kiamat' sudah bagi kita..Allah sgt baik sbb jdkan org lain punca masalah dan bukan kita..maka tak berdosa la kita tp jd org yg teraniaya yg mana dpt pula peluang 'makbul doa'..dgn syarat kita redho dan sabar dgn ujian tersebut..kalau tak penganiayaan org tu jd penyebab pula utk kita lebih derhaka n berdosa..bertambah malang kan? dah la teraniaya, berdosa pulak tu..huhuhu

cuba paham yg ni pulak..kita suka pd seseorg atau pd sesuatu..sgt2 suka n nak memilikinya dgn sungguh2..tak pernah tanya Allah samaada yg kita nak tu sesuai atau tak dgn kita..tp hanya minta utk memilikinya..maka kerana kesungguhan tu Allah pun bg walaupun Dia sgt tau bhawa bukan itu yg terbaik utk kita..-(terbaik utk jdkan kita baik!)..sampailah satu tahap perkara yg kita nak sgt2 tu jdkan kita sgt lalai dr ingat Allah..tp krana Allah sayangkn kita maka Dia tak nak kita terus jauh hanyut dgn kehidupan sia2 kita tu..maka Dia tunjukkan kasih sygNya dgn cara menguji kita dgn sesuatu yg pasti mampu menyedarkan kita..cth: hilang org yg kita syg @ sesuatu yg sgt2 kita syg..supaya kita betul2 terkesan dan sedar..n akhirnya nak kembali mengingati Dia..bila ujian tu dtg kita akan rasa Allah tu zalim..tapi sbnarnya tak pun..kita dulu yg zalim dan lupa diri bahawa kita ni spatutnya rujuk n bgantung pd Dia..dan Allah juga tahu..sesuatu yg dihilangkan dr kita adalah sesuatu yg mampu kita lalui..kan Allah dh sebut, 'tak seorangpun yg diuji melainkan dgn kemampuannya'..kalo rasa mcm tak mampu, tu cuma 'rasa2' kita je..hakikatnya kita PASTI mampu laluinya..tengokla..berapa ramai org yg Allah ambil nyawa org yg mereka syg..xde pun yg ikut mati sama dgn kehilangan tu..mula2 ye la..lama2 ok je..sbb itu janji Dia..Dia tahu laa.. ;)

jadi kesimpulannya..Allah itu ada..mengatur kehidupan kita..mendengar suara hati, luahan dan tangisan kita..dan mampu menjawab segala hajat dan permohonan kita..cuma kerana kuasa, pengetahuan dan kasih sayangNya, maka banyak yg dijadikan rahsia supaya kita nak terus berusaha dan takkan putus asa..;)

Wednesday, January 18, 2012

AKU ISTERI

0 comments
Salam 'alaik.. jom! untuk para isteri sekalian..kita layak untuk bahagia..;)

http://www.facebook.com/#!/groups/328893910459634/367498273265864/?notif_t=like

Sunday, December 25, 2011

INI PILIHAN SAYA!

0 comments
Hidup adalah perjuangan..hidup penuh dengan ujian dan latihan. tapi hidup ada pilihan..sekalipun telah pasti bahawa segala2nya sudahpun disuratkan untuk kita namun selagi kita masih ada nyawa maka kita akan tetap didatangi pelbagai pilihan untuk memenuhi tuntutan kehidupan..dan satu yang paling nyata, pilihan kita sebenarnya hanya 2.. untuk ke syurga atau ke neraka!

siapapun tak mampu merubah takdir..siapapun tak kuat melawan ketentuan..kerna semua tu milik mutlak Allah yang maha berkuasa.. maha mentakdirkan dan maha mempunyai keinginan untuk melaksanakan sesuatu untuk kita.. namun Allah tidak kejam dan zalim dalam menentukan sesuatu buat kita hambaNya. kita diberi peluang untuk membuat keputusan. untuk memilih jalan kehidupan.. kita berpeluang memilih untuk mengharap pada Allah atau tidak..kita berpeluang memilih untuk berdoa pada Allah tau tidak.. kita berpeluang memilih untuk mengingati Allah atau tidak.. setiap orang akan diberi ruang dan peluang memilih. samada memilih kebaikan atau kejahatan. hanya bezanya kita sedar atau tidak sahaja..

baiknya Allah bila sentiasa membuka peluang kita untuk selalu menukar laluan bagi yang tersasar..juga adilnya Dia bila yang baik diberi pilihan buruk sebagai ujian..kerana itu
lah kita tak dinilai pada permulaan..tapi yang diukur dan dihitung adalah pengakhiran kehidupan kita..bila nyawa sudah dipisahkan dari jasad maka bermulalah hitungan segala amal di alam kehidupan.. sekalipun pernah hidup sebagai 'malaikat' yang disanjung, namun sekiranya terlorong memilih jalan salah, maka nerakalah tempat kita.. tapi walaupun hidup dulunya bagai syaitan yang dihindar manusia namun andai terarah memilih jalan benar sebelum mati maka ada jaminan syurga menanti kita..

kerana itu, buatlah pilihan sekarang..tanyakan pada hati yang menyimpan segala rahsia..apa pilihan kita? menyusur jalan ke syurga atau menjejak lorong ke neraka? dan paksa dia memilih untuk ke syurga...dan bila pilihan baik itu telah dibuat maka ajaklah hati berdoalah..

"Ya Allah.. bantu aku dengan pilihan ini..sungguh aku yakin bahawa Engkau tidak pernah memungkiri janji2Mu.."

dan kalau yang datang bukan pilihan nyata antara ke syurga atau neraka, maka jalan mohon lah ditunjukkan jalan memilih pilihan yang benar..yang penghujungnya mampu juga membawa ke syurga.. istikharahlah! kerana istikharah tidak pernah merugikan, apa lagi menganiaya kita..

Sunday, November 27, 2011

hijrah satu kewajipan

0 comments
salam maal hijrah buat semua..semoga tahun baru ini kita mampu mulakannya dengan sesuatu yg akan melayakkn kita mendapat pandangan kasih sayang dari Allah..dan moga permulaan ini berkekalanlah kebaikannya hingga ke akhir tahun dan akhir umur kita insyaAllah..

bercakap tentang hijrah, satu perkara yang kdg2 membuatkn kita gagal menjadi hebat ialah bila kita merasakan hijrah hanya kisah yg telah menjadi sejarah..sedangkan hijrah itu walaupun dihiasi dengan kisah sejarah hebat Rasulullah s.a.w, namun ia sgt penting utk kita dlm memiliki khidupan yg lebih baik dan lebih bmakna.. sebab itu makna hijrah yg sebenr perlu difahami sebaiknya.

mungkin perlu kita memandang bahawa hijrah adalh kwajipan individu mengikut kemampuan dan kesungguhannya. jom kita renung dan tenung nilai hijrah moga bermanfaat utk diamalkan.

1.hijrah yg utama tujuannya mestilah ~ Allah..dan sasarannya adalah utk menyelamatkan iman samaada utk diri sendiri atau org lain.

2. hijrah adalah satu cara mncapai tingkatan baru kemajuan dlm hidup..apapun yg kita nmakan hakikatnya gerak ke hadapan kita dlm sesuatu hal sebenarnya adalah hijrah.

3. kesan hijrah bukan sesuatu yg pasti dilihat pada jangka masa pendek. dan tempoh keberhasilan juga bukan sesuatu yg mampu kita rencanakan.

4. resepi hijrah yg paling utama adalah kesngguhan, pengorbanan dan kesabaran..tanpa salah satu darinya maka kuranglah nilai rasa hijrah yg kita lalui.

5. rukun wajib utk hijrah yg berkesan adalah persaudaraan. ukhuwah yg benar mampu membantu menjadikan hijrah kita memberi kesan yg hebat. kerana itu, hijrah adalah pembaikan diri kita yg ampu memberi kesan baik pd org lain juga.

apapun hijrah kita, tiada daya dan upaya ,melainkan segalanya adalah milik mutlak Allah azza wajalla..maka mulakanlah hijrah dengan memohon restuNya agar hasil hijrah kita nanti mampu terus menghubung hati kita padaNya..insyaAllah..

كل عام وأنتم بخير

Thursday, November 10, 2011

MEMAHAMI ERTI SAYANG..

0 comments

Bukti sayang bila kita sedaya mungkin akan menjauhkn sebarang kesulitan, kesusahan dan apa saja mara bahaya dari org yang kita sayang..tapi hakikat sayang yang SEBENAR ialah usaha kita menjauhkan orang yang kita sayang dari API NERAKA..sebab, itulah HAKIKAT kesengsaraan yang paling menakutkan.. kerana itu Allah telah pun mengingatkan kita supaya menjaga diri dan ahli keluarga dari api neraka..

mana mungkin suami mengaku sayang pada isteri tapi rela membiarkan isterinya berdosa yang akhirnya akan memisahkan mereka di akhirat..isteri rasa difahami oleh suami seandainya suami ok dengan apa saja pilihannya..pakai baju ketat pun ok..pakai baju jarang pun ok..pakai baju lengan pendek pon ok..tak tutup aurat langsung pun ok..pilih kerja yang perlu bergaul dengan lelaki tah ape2 pun ok, solat lambat pun ok, mmbazir dan buang masa pun ok..n semuanya ok saja.. maka isteri sangat 'bersyukur' dikurnia suami seperti ini..

dan mana benarnya ibu yang mengaku sayang anak tapi tak sepenuhnya memastikan anaknya akan terlepas dari azab Allah..ibu tak kisah kalo anak dedah aurat..ibu tak rasa cemas bila anak tak kenal Rasulullah..ibu tak gerun bila anak tak kenal al-Quran..sebab sayang dan tak mahu membebankan maka ibu tak kisah membiarkan anak bebas berkawan sekalipun dengan kawan yang berlainan jantinanya..yang menjadi penekanan ialah ibu dan ayah akan sungguh2 pastikan anak cukup makan dan pakai serta hidup selesa dengan memiliki ape yang anak orang lain ada sekalipun sesuatu yang tak berguna untuk mereka.

kalau inilah nilaian kasih sayang kita maka jangan mengeluh dan merungut bila pasangan buat hal. anak2 buat masalah..puncanya kita yang tak benar2 memahami erti curahan kasih sayang sebenar. kalo betul suami sayangkan isteri, jangankan susuk tubuh dipandang orang, muka pun kalau boleh tak mau orang pandang..sebab dari pandangan sekalipun mampu mendatangkan macam2 bahaya dan fitnah pada isteri tersayang..dan isteri yang sayangkan suami juga tak mudah dan murah melakukan kesalahan apalagi dosa yang boleh membuatkan suami turut jadi berdosa..bila hidup diselaputi dosa, mana nak diharapkan kebahagiaan? ucapla i love u juta2 kali pun..mungkin hanya akan sekadar jadi rutin ucapan..tapi kalau sayang yang sejati diterapkan, kasih sayang pasti tak akan pudar..malah dri hari ke hari akan terus subur dan berkembang..

begitu juga kalau ibu bapa sungguh sayangkan anak..bukan simpanan masa depan atau insuran nyawa jadi keutamaan, tapi didikan dan pantauan berterusan yang perlu selalu diberikan..kalau tak mampu mendidik dengan agama sebaiknya, wajibkan anak mendapat didikan tersebut dari mana sekalipun..anak wajib dibesarkan dalam persekitaran agama sebab hanya Islamlah agama yang mampu menyelamatkan..bukan sekadar di dunia, tapi keselematan akhirat juga akan terjamin..

dan sungguh HANYA Allah dan RasulNya SAHAJA yang benar2 menyayangi kita dengan kesungguhan supaya kita terselamat dari api neraka! kalau mampu kita tenung dan renung kita akan dapat lihat dan rasa betapa setiap perintah dan tegahan tak lain hanya untuk menyelamatkan kita dari segala macam kesusahan samaada yang nyata atau sebaliknya..samaada yang melibatkan hidup di dunia mahupun di akhirat..dan ini tanda yang nyata betapa Allah menyayangi kita..Dia sangat tahu bahawa akal semata2 tak mampu membuat kita bijak menilai kebaikan dan keburukan..maka tanda kasihNya, diutuskan Rasulullah yang sangat berjasa untuk memperkenalkan jalan kebenaran kepada kita.. maka jadilah Rasul s.a.w itu makhluk mulia yang amat2 peduli dan sayang pada kita.. ditinggalkan kita dengan sabdaan pelbagai sebagai bekal menyelamatkan kita..sebagai bukti sayangnya pada kita ummat Baginda ini.. dan nyatalah..Rasul yang terpuji lebih faham erti sayang berbanding ibu dan bapa serta kaum keluarga kita sendiri.. yang mana kadang2 mereka bukan hanya tidak benar2 menyayangi bahkan menjadi punca kita tersenarai sebagai ahli neraka..nauzubillah!..

so, nilailah kasih sayang anda dan renunglah kebenaran kasih sayang orang yang mengaku menyayangi anda.. jangan menipu dan jangan tertipu..moga kita semua akan dikenalkan dengan erti kasih sayang sebenar..dan moga kita akan terselamat dari bahaya dan azab api neraka..insyaAllah..
 
footer